Sabtu, 17 Mei 2008



Hanya menghantar e-mail anda kepada kami, kami akan hantarkan e-book 30 Rahsia Kehidupan Ke Komputer Anda

ON HOBIN BOOK

DAN SMS

Ke 33886

Ahad, 13 Januari 2008

Dari Jiwa Yang Seni

"40% Kebimbangan Di Fikiran Kita, Adalah Tentang Perkara Yang Tidak Pernah Berlaku"

"30% Adalah Perkara Yang Telah Lepas"

"Hanya 4% Sahaja Perkara Sebenar Kita Bimbangi"

"We Do Not Smile Because We Are Happy,
We Are Happy Because We Smile"


Semalam Yang Berlalu
"Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Telah Melepasi Ujian Sabar"


Rabu, 12 Disember 2007


Siri Program Kepimpinan Dan Motivasi
PENGENALAN:

Menurut Prof. Diraja Engku Aziz, kecemerlangan mempunyai teknik dan strategi. Ianya perlu digarap dengan latihan secara berterusan. Era sekarang merupakan era teknologi maklumat. Tanggungjawab yang dipikul oleh golongan pendidik hari ini amat berbeza dari pendidik di masa lampau kerana keperluan ilmu yang dinamik di samping persekitaran yang berkembang dengan terlalu pesat. Menurut Prof. Michael E. Porter perkembangan yang dialami 50 tahun lampau tidak akan sama dengan apa yang bakal dialami tiga tahun akan datang.

Menyedari perkembangan ilmu yang dinamik dan progresif, maka keperluan kepada kursus peningkatan profesionalisme amat perlu dan wajar diberi perhatian di kalangan pendidik.

Justeru itu, Triple Power(TP) menawarkan teknik, strategi dan sistem untuk dikongsi dengan pendidik ke arah mewujudkan pendidik yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

KUMPULAN SASARAN:

Kursus ini terbuka kepada pentadbir, guru-guru dan staf sokongan.

KURSUS YANG DITAWARKAN:

a. Kursus Interpersonal Intelligence
b. Kursus Pengurusan Stress
c. Kursus Presentation Skill
d. Kursus Emotional Intelligence (EI) at Workplace
e. Kursus Dynamic Leadership Program

JANGKAMASA KURSUS



Program Ceramah 2 jam hingga 4 jam

Program berbentuk ceramah dan soal jawab yang berbentuk pengenalan kepada satu-satu kursus.

Program 1 hari ( 6 jam )

Program yang ditawarkan berbentuk ceramah, soal jawab dan latihan dalam kumpulan.

Program 1 hinggan 3 hari

Program yang ditawarkan berbentuk ceramah, soal jawab, kajian kes, “Role Play” dan latihan dalam kumpulan.

BILANGAN PESERTA DAN YURAN KURSUS

KATEGORI A :

Bilangan minima Peserta per kursus = 20 orang
Yuran Kursus = RM 120.00 seorang
Setiap tambahan peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 60.00 seorang (Bilangan maksima peserta per kursus ialah 40 orang )

KATEGORI B :

Bilangan minima Peserta per kursus = 40 orang
Yuran Kursus = RM 90.00 seorang
Setiap tambahan peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 45.00 seorang ( Bilangan maksima peserta per kursus ialah 60 orang )

KATEGORI C :

Bilangan minima Peserta per kursus = 60 orang
Yuran Kursus = RM 75.00 seorang
Setiap tambahan peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 seorang ( Bilangan maksima peserta per kursus ialah 100 orang )

Yuran kursus yang dikenakan adalah untuk bayaran sehari
Yuran kursus merangkumi sijil, nota dan bayaran penceramah


Khusus Untuk Pelajar Sekolah

Pakej RM 5.00 seorang ditawarkan untuk setiap pelajar tidak termasuk makan dan minum dengan kadar minimum 60 pelajar dalam satu-satu sesi. Modul dan tajuk ceramah berdasarkan kepada pihak sekolah disamping pandangan dari pihak kami. Nota dan peralatan Bantuan (ABB) diberikan secara percuma.

SENARAI PENCERAMAH:

Dr.Wan Hassan bin Wan Ahmad-Pakar Motivasi
Dr Mohd Khalil bin Haji Nordin-Pakar Motivasi
Dr. Abdul Razak Abu Chik -institut perguruan raja melewar

Dr Baharuddin bin Noodrin-
Dr. Sairah binti Mohd Kamal Din

Dr. Haji Ghazali bin Abdul Rahman


Penceramah atau Fasilitator adalah jurulatih bertauliah @ “Certified Trainers” yang mempunyai pengalaman di dalam kursus yang ditawarkan.

PENUTUP

Semoga usaha murni ini yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidik, mendapat kerjasama daripada semua pihak. Ucapan jutaan terima kasih diajukan kepada mereka yang memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan usaha murni ini.






Buku Terbitan Tripple Power



MENDIDIK ANAK DARI JIWA YANG TENANG

IBU BAPA ibarat seorang nakhoda sebuah kapal yang sarat dengan dengan muatan untuk menuju ke satu destinasi yang belum tentu sampainya. Berbagai muatan dan barangan di samping bersedia menghadapi gelora ombak yang tidak tentu tibanya. Hanya nakhoda dan pelayar yang berpengalaman sahaja yang mampu menerima cabaran gelora serta keganasan laut yang luas terbentang. Untuk sampai ke destinasi dengan selamat bukanlah terletak kepada kemahirannya sahaja tetapi ilmu, kepintaran dan fizikal yang mantap mampu melayari lautan dengan lebih panjang. Untuk sampai ke destinasi dengan selamat bukanlah terletak di tangannya tetapi berserah kepada takdir yang menjadi pendinding sepanjang perjalanan.

MENDIDIK ANAK DARI JIWA YANG TENANG adalah terbitan Tripple Power & Distributors, yang menyingkap kehebatan kepintaran diri manusia yang dianugerahkan Tuhan. Manusia hanya merancang yang telah ditentukan Tuhan dan menguruskan sebaik mungkin agar tidak tersasar daripada landasan yang ditetapkan Allah.


Buku ini mampu memberi penjelasan secara saintifik berdasarkan KECERDASAN EMOSI sedia ada yang dimiliki dan menggunakannya untuk mencerna setiap sudut masalah yang dihadapi kerana diri manusia adalah makhluk yang sempurna diciptakan Allah.



30 RAHSIA KEHIDUPAN



Sebuah buku yang menyingkap rahsia kehidupan insan dengan memberi beberap tips-tips yang ringkas dan padat. Digarab khas untuk memberi peringatan kepada diri kita yang lupa.

Dapatkan di pasaran atau melanggan terus untuk mendapatkan potongan hebat daripada penerbit.


Kehidupan SEIMBANG

Sebuah buku yang menterjemahkan hakikat diri akan makna kehidupan seseorang. Dapatkan di pasaran atau terus membuat pesanan ke alamat di bawah. Buku ini memberi penjelasan keseimbangan kehidupan manusia dalam apa juga segi aktiviti kehidupan. Rohani, Jasmani, Mental, Pergaulan dan Membuat Perhubungan sesama manusia, Hubungan Manusia dan Alam dan sebagainya. Buku ini menjelaskan kehebatan manusia yang dijadikan Tuhan. Ia mengungkap kehidupan Alam Tuhan yang sebenar.

Diolah berdasarkan pengalaman penulis 15 tahun sebagai pembangunan Insan dan pendidikan jiwa. Mengandungi 200 muka surat yang menyingkap satu persatu persoalan diri manusia.

Sehari Sepatah Kata
Naskhah kata-kata hikmah dari pemikir-pemikir terkemuka dan sedutan daripada pemipin-pimimpin agung. Buku ini membuka fikiran kepada semua pembaca untuk mendidik perkembangan minda. Sebagai naskhah ringkas dan padat dengan penjelasan memudahkan pembaca membahami konsep kehidupan dunia dan akhirat.

Di garap sedemikin rupa untuk setiap tahap pembaca dan khusus untuk pemikir dunia falsafah. Setebal 200 muka surat dan bersais kecil memudahkan setiap pembaca membawanya ke mana sahaja serta boleh dijadikan bahan pemangkin semangat pemikiran modal insan.




Majlis Pelancaran Buku Oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan


Majlis Pelancaran Buku Oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

Borang Langganan

(Anda boleh Muaturun borang berikut atau membuat pesanan melalui SMS, Telefon atau E-mail seperti di bawah)



Sampaikan maklumat anda melalui:


No 32A Jalan TTJ S/B, Taman Tuanku Jaafar,
71450 Senawang, Seremban, Negeri Sembilan



Sila tinggalkan dan taipkan komen anda di sini(atau pesanan):